gaBrieLeA
Konsep Kajian Tindakan
Kajian tindakan merupakan satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan merekan sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakna inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolabotarif.

Konsep Kajian Tindakan berasal daripada usaha seorang ahli psikologi sosial yang bernama Kurt Lewin 1946. Beliau mulai menggunakan pendekatan Kajian Tindakan selepas Perang Dunia Kedua dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah dalam komuniti dan mengutamakan dua idea yang penting iaitu :

1. Keputusan Kumpulan
2. Komitmen kepada peningkatan kerja.

Kedua-dua idea ini merupakan asas pendekatan Kajian Tindakan yang menegaskan usaha kolaboratif atau usaha kumpulan dan meningkatkan lagi mutu prestasi kerja (Kemmis dan McTaggart:1988). Pada tahun 1953, idea Lewin diperkembangkan oleh Stephen Corey di Teachers College, Columbia University, New York sebagai pendekatan penyelidikan yang diselanggarakan oleh guru-guru di sekolah. Manakala John Elliot (1976) dan rakan-rakannya menggunakan kaedah ini dalam Ford teaching Project di United Kigdom sebagai pendekatan membantu guru mengembangkan usaha inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di Eropah, Kajian Tindakan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha perubahan dan peningkatan mutu pendidikan di sekolah. Kemmis dan McTaggart telah mengembangkan Kajian Tindakan di Australia sebagai alat impirikal dan sistematik untuk meningkatkan prestasi guru di sekolah (Kemmis dan McTaggart, 1988).


Rajah Model 1: Checkland (1991)

Kitaran Kajian Tindakan – Model oleh Checkland, 1991


Asas Checkland (1991) menyarankan satu alternatif kajian yang positif. Checkland menggunakan kitaran untuk menggambarkan proses kajian tindakan (Rajah 1). Kitaran ini merangkumi komponen : Tema kajian, Situasi masalah dunia reality, Refleksi berdasarkan rangka kerja (F) dan kaedah (M) yang digunakan dan dapatan kajian.


Rajah Model 2 : Mckay & Marshall (2001)


Mckay dan Marshall (2001) beranggapan bahawa proses kajian tindakan merangkumi dua kitaran yang saling berkaitan kerana kajian tindakan itu sendiri mempunyai tujuan yang berpasangan (Model 2). Salah satu tujuan itu ialah untuk membawa perubahan melalu melakukan perubahan di dalam situasi dunia sebenar. Tujuan kedua ialah untuk menjana pengetahuan baru dan mendalam berdasarkan kepada persoalan kajian. Dengan kedua-dua tujuan ini, Mckay dan Marshall menyarankan satu model yang telah ditapis iaitu dengan dua kitaran yang saling berkaitan. Tanggapan dengan dua kitaran ini telah menghasilkan keputusan yang positif apabila berlaku pertembungan dan percanggahan idea antara dua bidang berlainan (tujuan kajian dan tujuan faedah untuk perniagaan), dua kaedah yang berlainan (Kaedah kajian (Mr) dan kaedah bertukar (Mps)) dan dua jenis keputusan (keputusan kajian dan keputusan perubahan).

Model Rajah 3 – Spiral Kajian Tindakan : Kemmis & McTaggart, 1981


Kemmis & McTaggart (1981) telah membangunkan satu model yang mudah pada kitaran biasa dalam proses kajian tindakan. Setiap kitaran mempunyai 4 langkah-langkah : Rancang, Bertindak, Memerhati dan Refleksi..Dalam kitaran proses kajian tindakan ini :
1. Hasilkan satu rancangan yang berkaitan dengan tindakan kritikal yang telah dikenalpasti untuk memperbaiki penggunaan sedia ada. Rancangan ini seharusnya fleksibel untuk membenarkan adaptasi untuk kesan dan kekangan yang tidak dapat dilihat;
2. Ahli kumpulan akan bertindak untuk melaksanakan rancangan yang mana mesti dikawal dan dibincangkan.
3. Tindakan ini akan diperhatikan untuk mengumpulkan bukti untuk membenarkan penilaian teliti. Pemerhatian mesti dirancang dan satu jurnal mungkin akan digunakan untuk tujuan catatan. Proses tindakan dan kesannya dalam situasi konteks yang sepatutnya diperhatikan secara individu atau kumpulan.
4.Tindakan refleksi dicatat semasa pemerhatian selalunya akan dibantu dengan perbincangan antara ahli kumpulan. Refleksi kumpulan boleh membawa kepada pembinaan semula situasi sosial dan menyediakan satu asas untuk rancangan yang lebih mendalam terhadap tindakan yang kritikal tadi, yang bermaksud proses ini akan mengulangi pusingan kajian. Langkah ini dilaksanakan dengan lebih berhati-hati, sistematik dan tegas berbanding penggunaan biasa yang selalu digunakan.

Rajah Model 4 :The Bamenda Model of Action Research (A)


Dalam model praktikal kajian tindakan ini, satu analisis situasi pada dasarnya akan menimbulkan kepada persoalan kajian yang akan cuba untuk diselesaikan. Ini akan membawa kepada tujuan yang ingin dicapai melalui tindakan dan soalan yang akan dijawab melalui kajian yang dibuat (Model 4). Tujuan tindakan dan persoalan kajian adalah perubahan yang saling bergantungan. Persoalan timbul daripada tindakan, dan kajian melaksanakan penggunaan. Persoalan kajian mempunyai perkaitan antara kajian dan tindakan. Apabila tindakan diperlukan yang menyelesaikan masalah telah dikenalpasti dan difahami oleh pengkaji, kajian tidak perlu dijalankan. Jikalau kita tahu apa nak buat untuk menyelesaikan masalah tersebut, kita mesti menetapkan objektif dan sambung pula dengan pengurusan projek.

Kajian diperlukan apabila terdapat sesuatu yang kita tidak tahu, apabila terdapat jurang antara pengetahuan yang kita kehendaki untuk tindakan yang efektif. Tidak mustahil untuk membina satu projek kajian tindakan supaya kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data dan kaedah untuk memperbaiki tindakan yang serupa. Ini akan terhasil apabila tindakan dan kajian itu sendiri sepenuhnya digabungkan, menjadi kepada 1 proses sahaja. Ini bukan merupakan strategi Bamenda, dimana tindakan dan kajian adalah dua benda yang berlainan tetapi mempunyai perkaitan.

Rajah Model Bamenda (B) dibawah menunjukkan aliran tindakan yang terhasil daripada tujuan tindakan. Dalam perkataan lain, tujuan tindakan akan membawa kepada penyusunan projek untuk mencapai tujuan tersebut. Kajian yang dimaksudkan termasuklah perkara yang dibuat untuk mencari jawapan kepada persoalan kajian, proses dan prosedur yang terlibat yang digunakan untuk meningkatkan lagi pengetahuan.

Rajah Model 4 : Bamenda Action Research Model (B)





Rajah Model 5 : Susman 1983



Gerald Susman (1983) telah memberikan satu model yang lebih terperinci. Beliau membahagikan model ini kepada 5 fasa untuk dijalankan dalam setiap kitaran kajian (Model 5). Pada asalnya, satu persoalan dikenalpasti dan data dikumpulkan untuk diagnosis yang lebih terperinci. Ini diikuti dengan usul terkumpul daripada beberapa penyelesaian yang dikenalpasti, yang mana diambil daripada satu perancangan pada tindakan yang timbul dan kemudian diimplementasikan. Data pada keputusan daripada intervensi dikumpulkan dan dianalisis, dan kemudian dapatan kajian akan diinterpretasi sama ada dan bagaimana tindakan yang digunakan berjaya dilakukan. Pada fasa ini, persoalan kajian telah dikaji semula dan proses kajian akan bermula dengan kitaran yang lain pula. Proses ini akan berulang sehingga persoalan tadi dapat diselesaikan.
Labels:
0 Responses

Post a Comment