gaBrieLeA
Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran-pengajaran subjek berdasarkan :

1. Individu 
Cadangan Pertama
Guru perlu mengintegrasikan pengajaran dan pembelajaran Blog dan kad imbasan di dalam bilik darjah untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran.

Cadangan Kedua
Guru perlu mengambil inisiatif untuk menambah dan mempelbagaikan pengetahuan dengan mengambil kira keperluan pelajar dan disesuaikan mengikut topik subjek melalui penggunaan Blog dan kad imbasan.

Cadangan Ketiga 
Guru seharusnya sedar akan kepentingan komitmen dalam mempertingkatkan prestasi pelajar. Oleh itu, alternatif blog yang boleh diteroka daripada internet kerana adanya tutorial pengajaran penggunaan Blog dan variasi kad imbasan yang banyak disediakan di pasaran. Dengan ini, guru seharusnya boleh memberikan komitmen dengan adanya bahan pengajaran yang telah disediakan.

2. Pasukan
Cadangan Pertama
Blog dan kad imbasan sebagai alternatif baru kepada pengajaran bersifat tradisional.
Cadangan Kedua
Guru perlu sentiasa beri dorongan kepada pelajar dengan mengalakkan perkongsian penemuan kemudahan baru dalam Blog bersama rakan-rakan yang lain. Dengan penggunaan kad imbasan pula, menggalakkan pelajar berfikir untuk mendapatkan sesuatu penemuan yang baru. 
Cadangan Ketiga
Blog sebagai teknik pengajaran dapat membantu guru untuk mendedahkan penggunaan teknologi maklumat kepada pelajar. 
Cadangan Keempat
Penggunaan kad imbasan yang menarik dapat dijadikan sebagai salah satu aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.

3. Luar Pasukan
Cadangan Pertama
Penggunaan blog boleh menarik minat kepada pelajar dengan pendedahan kepada pelbagai fungsi di dalam blog manakala penggunaan kad imbasan yang menarik dapat menerapkan konsep kontekstual kepada pelajar.
Cadangan Kedua
Guru dapat menggunakan blog dan kad imbasan dengan pelbagai cara mengikut kreativiti guru dan sekali gus dapat mempelbagaikan konsep pengajaran dalam subjek Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat.
Cadangan Ketiga
Dengan menggunakan kad imbasan dan blog, pelajar boleh mengembangkan idea dan konsep pembelajaran dalam subjek Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat dengan bantuan guru.

4. Literature Review - Buku dan Jurnal

a) Buku rujukan : "Blogs, Wikis, Podcasts, and Other Powerful Webtools for Classroooms." Pengarang : Will Richardson
Berdasarkan kepada buku di atas, pengarang menyatakan kebaikan blog seperti yang disenaraikan dibawah:
1. Memberi pendedahan secara pemikiran kritikal dan analitik (critical and analytical thinking)
2. Memberi pendedahan pemikiran secara kreatif dan intuitif.
3. Memberi pendedahan pemikiran analogik.
4. Meningkatkan peluang capaian maklumat dan pendedahan terhadap kualiti maklumat yang disiarkan.
5. Gabungan makluamat melalui individu dan interaksi sosial.

b) Jurnal : The Application of Blog in English Writing Oleh Di ZHANG
Foreign Language School, Linyi Normal University

Kekuatan pengajaran melalui Blog :
1. Blog ialah satu alat yang berkesan untuk pelajar dalam memperbaiki penulisan bahasa Inggeris berdasarkan pemerhatian umum pada fungsi dan aplikasi Blog dalam pendidikan.
2. Blog dapat menarik perhatian pelajar dalam membuat refleksi tentang pembelajaran penulisan bahasa Inggeris.
3. Blog juga boleh digunakan sebagai aplikasi ‘blogging’ dan potensinya dalam aplikasi pedagogi kepada pendidikan, terutamanya dalam penulisan bahasa Inggeris.


c) Jurnal : Preparing teachers to teach literacy in responsive ways that capitalize on students’ cultural and linguistic backgrounds through weblog technology.,Multicultural Education & Technology Journal Oleh Hui-Yin Hsu, 2009

Kekuatan pengajaran melalui web Blog:
1. Dengan bantuan web blog, pengajar dapat memanjangkan tempoh perbincangan yang terhad didalam kelas. Ini bermakna, proses perbincangan akan berlanjutan dan tidak akan berakhir di dalam bilik darjah sahaja.
2. Blog dapat dijadikan sebagai alat untuk membantu pengajar dan guru pra-perkhidmatan menyampaikan maklumat, pengalaman sendiri dan sumber untuk dikongsi bersama pelajar.
3. Blog dapat dijadikan sebagai medium perkongsian pendapat.
4. Mengatasi masalah kekangan masa untuk pengajaran dan pembelajaran subjek di dalam kelas.
Labels:
0 Responses

Post a Comment