gaBrieLeA
PEMBENTANGAN 1 : Meningkatkan Dan Mempermudahkan Kefahaman Pelajar Melalui Aktiviti Permainan Monopoli Bagi Subjek Sains Dan Pendidikan Islam Tingkatan 4 Oleh Ella Syafinaz Bt Safian dan Noor Mazira Bt Ab Malek




Ulasan : Saya berpendapat bahawa tajuk kolokium ini kurang sesuai dan boleh diubahsuai kepada Penggunaan Permainan Monopoli dalam meningkatkan dan mempermudahkan kefahaman pelajar bagi subjek Sains dan Pendidikan Islam. Walaubagaimanapun, saya berpendapat bahawa pendekatan dalam kaedah permainan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah salah satu cara untuk menarik minat pelajar dan mengadakan satu kaedah yang luar daripada pengajaran tradisional. Menurut pengkaji, permasalahan yang utama adalah pelajar berasa bosan dengan pengajaran yang berpusatkan guru dan pengkaji mencari alternatif lain untuk memberikan pelajar satu suasana pembelajaran yang menyeronokkan.



Akan tetapi, saya melihat terdapat kelemahan dalam kajian ini iaitu dari segi proses perancangan tidak diterangkan dengan lebih lanjut. Pada pendapat saya, perjalanan proses dalam kajian tindakan haruslah jelas dan difahami untuk memastikan kelancaran kajian tindakan yang dijalankan. Kelemahan yang saya nampak juga dari segi sampel kajian. Pengkaji tidak menyatakan sampel kajian dengan jelas.




PEMBENTANGAN 2 : Meningkatkan Keyakinan Pelajar Bermasalah Pendengaran Untuk Berkomunikasi Secara Lisan Dengan Menggunakan Kaedah ‘Verbal Repeatition’ Dalam Proses Pembelajaran Dan Pengajaran oleh Suzana Mohd Fauzi (P48659), Ummi Salmah Adnan (P48606) dan Najwa Hayatee Abdullah (P48610).




Ulasan : Saya kurang bersetuju dengan tajuk kajian ini juga dan boleh diubahsuai kepada Penggunaan Kaedah 'Verbal Repeatition' untuk meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Daripada kajian yang dijalankan, saya berpendapat kaedah verbal repeatition ini boleh disokong lagi dengan bantuan alat bantu mengajar yang lain. Pengukuhan dalam praktikal adalah penting supada pelajar dapat membiasakan diri dengan kaedah yang digunakan.
Labels:
0 Responses

Post a Comment