gaBrieLeA
Kekuatan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan :

1. Individu
Kekuatan Pertama
Pengajaran Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat mempunyai konsep dan teori yang boleh digunakan oleh pelajar melalui konsep konstektual.
Kekuatan Kedua
Guru memberikan penekanan pada kandungan dan topik-topik pada subjek berpandukan pada buku teks pelajar.
Kekuatan Ketiga
Guru boleh menggunakan latihan dalam buku teks untuk menguji kefahaman dan meningkatkan prestasi pelajar.

2. Pasukan
Kekuatan Pertama
Pengajaran subjek Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat adalah berkait langsung dengan kehidupan seharian. Contohnya Bab Konsumerisme dalam subjek perdagangan memberikan pengetahuan kepada pelajar berkenaan hak-hak mereka sebagai pengguna kepada barangan dan perkhidmatan, topik bentuk dan ruang dalam subjek Matematik melibatkan bentuk-bentuk yang akan digunakan dan dilihat dalam kehidupan seharian dan subjek Teknologi Maklumat pula memberi kesan interaksi yang ketara disebabkan pendedahan kepada teknologi yang semakin membangun pada masa kini.

3. Luar Pasukan
Kekuatan Pertama
Pengajaran ketiga-tiga subjek hanya daripada satu punca iaitu guru dimana pelajar bergantung hanya kepada satu sumber maklumat yang sahih.
Kekuatan Kedua
Guru menggunakan masa yang diperuntukkan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kekuatan Ketiga
Guru mempraktikkan amalan yang dipercayai oleh pelajar.
Kekuatan Keempat
Murid selesa dengan pengajaran sedia ada oleh guru.

4. Literature review – buku dan jurnal

Jurnal 1 : Information Technology and the Classroom of the Future oleh William J. Adams dan B. J. Jansen, United States Military Academy

Dalam kajian jurnal ini, pengkaji menyatakan beberapa kekuatan dalam penggunaan Teknologi Maklumat dalam pengajaran kelas iaitu :

1. Menyampaikan Arahan Bahan Pengajaran
Penggunaan interaktif dengan menggunakan Hypertext Markup Language (HTML) dan WWW untuk memasukkan persembahan video. Penggunaan laman web yang memautkan fail multimedia, guru boleh menggunakan laman web untuk memilih dan memasangkan pelbagai video.
Guru juga boleh merekodkan video atau kaset audio pengajaran dalam kelas dan kemudian menghantar e-mel kepada setiap pelajar untuk simpanan mereka.
Penyampaian bahan pengajaran juga boleh dibuat melalui sistem Video Conferencing (VTS), guru boleh menghantar isyarat video dan audio kepada pelajar pada lokasi yang berlainan. Pelajar boleh berkomunikasi dengan guru dengan menggunakan sistem ini.

2. Interaksi dengan Pelajar
Guru boleh berinteraksi dengan pelajar dengan menggunakan mesej elektronik (E-mel) untuk memaparkan pertanyaan, jawapan soalan dan memberikan tugasan serta bantuan.
Selain itu, guru boleh menggunakan forum terbuka yang disokong oleh senarai e-mel seperti USENET forum berita, atau sistem papan buletin yang membenarkan pelajar untuk menyampaikan soalan mereka dan kemudian ia akan terbuka untuk dikomen dan dijawab oleh ramai orang.

3. Tugasan dapat diberikan, diterima dan dinilai
Guru dapat memberikan tugasan melalui laman web dan e-mel. Pelajar boleh mencari sumber daripada pangkalan data maklumat laman web. Guru boleh meminta pelajar untuk membina satu HTML untuk menghantar tugasan dan guru boleh menilai tugasan melalui laman web mereka.

Jurnal 2 : Visualisasi: Satu Anjakan Dalam Teknik Penyelesaian Masalah Matematik KBSR oleh Samsudin Drahman dan Fatimah Saleh

Pengkaji menyatakan kekuatan dalam pengajaran Matematik iaitu dalam teknik penyelesaian masalah matematik, murid cenderung menyelesaikan masalah matematik menggunakan teknik menghafal prosedur dan operasi matematik, menggunakan angka-angka dan istilah yang menjadi kata kunci dapat menghasilkan penyelesaian yang betul bagi masalah matematik yang rutin.

Jurnal 3 : Kesediaan Guru-Guru Perdagangan di Wilayah Persekutuan dari aspek pengetahuan kaedah pengajaran dan sikap terhadap pengajaran subjek pengajian keusahawanan oleh Nor Aishah Buangi dan Yap Poh Moi.

Dalam kajian jurnal ini, pengkaji menyatakan kekuatan dalam pengajaran subjek perdagangan iaitu komponen perdagangan dan keusahawanan telah dijadikan komponen yang teras dalam subjek Kemahiran Hidup peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Objektif komponen ini berjaya dalam perubahan tingkah laku atau sikap keusahawanan telah ditunjukkan oleh pelajar.



Labels:
0 Responses

Post a Comment