gaBrieLeA
Berdasarkan kursus psikologi pendidikan/ kaedah mengajar/ pentaksiran pembelajaran :

Teori-teori yang boleh digunakan/ diadaptasi bagi setiap masalah :
1.Teori Pembelajaran Berstruktur
2.Teori Pembelajaran Tingkahlaku

Strategi dan Kaedah yang boleh digunakan/ diadaptasi bagi setiap masalah :
1. Kaedah pengajaran berpusatkan guru
-Syarahan atau kuliah yang terancang berserta demontrasi penggunaan blog.
-Syarahan atau kuliah dibantu dengan penggunaan kad imbasan yang lebih menarik.
2. Kaedah pengajaran berpusatkan pelajar
-Lawatan ke lapangan iaitu pelajar akan meninjau dan meneroka sendiri penggunaan blog di luar waktu kelas tanpa bimbingan guru.

Kerangka Kajian :
Teoritikal Kajian
1. Teori pembelajaran berstruktur :
-Melibatkan cara yang formal untuk menyampaikan kandungan pembelajaran
-Melibatkan teori kognitif
-Melibatkan kaedah untuk mengenalpasti pengetahuan dan gelagat seseorang
-Merupakan satu teori pengajaran guru yang dapat mempengaruhi pembelajaran pelajar.

Teori menyatakan bahawa setiap input akan menghasilkan output. Input boleh terdiri daripada apa-apa sahaja, konsep, proses atau idea. Apa-apa sahaja elemen input dan output akan menunjukkan sebagai hirarki sesuatu elemen. Ini bermaksud, sesuatu input itu adalah dikatakan sebagai pemboleh ubah (variable) manakala, output pula merupakan nilai unik yang terhasil daripada proses (operational) yang juga dikenali sebagai hukum (Strutural Learing Theory’s rules ). (Lihat Kerangka operasional).

2. Teori Pembelajaran Tingkahlaku
Teori pembelajaran tingkahku mentafsirkan pembelajaran sebagai satu perubahan di dalam tingkahlaku seseorang dalam suatu situasi. Teori ini mementingkan hubungan antara sebab dan akibat atau rangsangan gerak balas. Teori ini sesuai digunakan untuk menyampaikan pengetahuan kepada pelajar serta membina kemahiran-kemahiran dikalangan pelajar di mana pengetahuan dan kemahiran yang diajar dibahagikan kepada beberapa unit-unit kecil kemudian disampaikan satu demi satu dan diperkukuhkan secara sistematik sehingga prestasi pelajar mencapai pada tahap yang diingini. Perubahan tingkahlaku dapat dilihat dengan menyediakan ganjaran untuk prestasi yang baik dan hukuman untuk yang sebaliknya.

Konseptual Kajian




Rajah di atas menunjukkan Kerangka Konseptual untuk menerangkan dengan lebih lanjut urutan peristiwa yang berlaku.

Kewujudan pernyataan masalah seperti kurangnya minat dan kemahiran teknologi maklumat dalam subjek Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat di kalangan pelajar sebagai "Pernyataan Masalah" merupakan peringkat pertama dalam proses kerangka konseptual. Masalah ini dikenalpasti terlebih dahulu oleh guru melalui kaedah pemerhatian, soal selidik dan lain-lain.

Kemudian, guru melaksanakan metodologi seperti mengenalpasti :-
a) Sampel Kajian
- pelajar berkeperluan khas subjek Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat.

b) Setting Kajian
- di dalam bilik darjah.

Proses yang berlaku adalah guru menjalankan kajian dan menentukan cara penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah yang dihadapi
dengan aktiviti pengumpulan data dan lain-lain.

Guru kemudiannya menggunakan pendekatan Blog dan Kad Imbasan sebagai alternatif untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Seterusnya, pendekatan Blog dan Kad Imbasan dilaksanakan dalam proses P&P.

Sekiranya proses P&P menggunakan pendekatan blog dan kad imbasan berkesan, guru telah mencapai matlamat Pengajaran Berkesan. Sebaliknya, guru akan menyelidik permasalahan yang timbul dan memperbaiki pendekatan sedia ada.

Operasional Kajian


gaBrieLeA
Berdasarkan maklum balas, Penambahbaikan telah dibuat pada :
Tajuk Kajian :
Blog dan Kad Imbasan dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Tujuan Kajian Tindakan

- Membudayakan ICT dengan menggunakan pendekatan Blog dan Kad Imbasan dalam Matapelajaran Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat.

Objektif Kajian Tindakan

- Memperbaiki amalan pengajaran matapelajaran Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat.
- Meneroka kemudahan dalam aplikasi penggunaan laman web Blog dan pendekatan kad imbasan oleh guru dan pelajar untuk diaplikasi pada masa akan datang.

Pernyataan Masalah Kajian

-Masalah yang timbul dikalangan pelajar yang kurang minat terhadap mata pelajaran Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat . Hal ini kerana guru lebih banyak mengamalkan pengajaran tradisional berbentuk syarahan dan hanya berpandukan kepada buku teks tanpa latihan praktikal yang cukup.

-Masalah kurangnya pendedahan penggunaan kemahiran laman web Blog dalam pengajaran dan pembelajaran.

Persoalan Kajian

Adakah pendekatan blog dan kad imbasan dalam subjek Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat dapat menarik minat pelajar?

Adakah penggunaan blog dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mendedahkan kemahiran teknologi kepada pelajar?
gaBrieLeA
Jurnal 3 : 
An Action Research : The Effect of Computer-based Mathematics on Problem Solving Kajian Tindakan : Kesan daripada Matematik berasaskan Komputer dalam Penyelesaian Masalah

Pernyataan Masalah :
1. Apakah sikap pelajar terhadap pengajaran matematik berdasarkan komputer?
2. Apakah kesan terhadap sikap mereka apabila implementasi pengajaran matematik berdasarkan
komputer digunakan?

Jurnal 2 : 
Penjuruteraan Puisi : Satu Kajian Tindakan
Engineering a Poem: An Action Research Study

Pernyataan Masalah :
1. Adakah pengintegrasian Bentuk dan Teknologi dengan puisi dapat memperbaiki prestasi
pelajar dalam penulisan puisi?
2. Bagaimanakah pelajar yang menghubungkan unit puisi dapat memenuhi pengalaman pada
keperluan bentuk projek?

Jurnal 3 : 
Laporan tentang Projek Kajian Tindakan pada Pembacaan Inggeris di Sekolah Rendah Tempatan
Report on the Action Research Project on English Dictation in a Local Primary School

Pernyataan Masalah :
1. Adakah pembelajaran pembacaan dengan kuat boleh menjadi sesuatu yang bermakna dan
menarik?
2. Jika boleh, adakah aktiviti pembacaan kuat membantu pembelajaran Inggeris pelajar
sebagai bahasa kedua mereka?
gaBrieLeA
Dalam Buku A Short Guide to Action Research oleh Andrew P. Johnson, terdapat 3 elemen dalam mengenalpasti masalah iaitu :
  1. Mengenalpasti masalah
  2. Mencari Penyelesaian
  3. Menguji penyelesaian
1) Mengenalpasti Masalah

Masalah dikenalpasti dengan pemerhatian terhadap sesuatu situasi dan kemudian situasi tersebut dilihat boleh diperbaiki.

Mengenalpasti masalah bermaksud memahami amalan situasi dan meneroka semua faktor yang berkemungkinan untuk diperbaiki.

2) Mencari Penyelesaian

Terdapat 2 cara dalam mencari penyelesaian :
  1. Penyelesaian Masalah yang Kreatif (CPS)
  • Bermula dengan mendefinisikan masalah dan membina idea untuk penyelesaian.
  • Matlamat utama : menghasilkan idea sebanyak mana yang boleh.
  • Rangka Penyelesaian :
  1. Kenalpasti masalah
  2. Hasilkan seberapa banyak idea
  3. Pilih penyelesaian yang terbaik
  4. Kembangkan dan tapis semula
  5. Implementasikan penyelesaian
  6. Teliti, Nilai dan Tapis semula pada bahagian yang perlu.

     2.  Analisis Mean-End (MEA)
  • Menerangkan deskripsi pada hasil yang diinginkan.
  • Matlamat ditentukan bagi akhir hasil ini ; global, sifat, tingkah laku atau situasi yang spesifik pada akhir hasil akan dipertimbangkan.
  • Situasi semasa dinilai dan diterangkan.
  • Analisis dijalankan bagi mencapai hasil tadi.
  • Akhirnya, perancangan dibuat untuk mengubah situasi semasa kepada situasi yang diingini.
  • Rangka penyelesaian:
  1. Gambarkan hasil yang diinginkan
  2. Hasilkan idea yang perlu untuk mencapai dapatan yang diingini
  3. Terangkan situasi semasa
  4. Analisis min yang perlu untuk mencapai hasil yang diinginkan
  5. Bina dan implementasikan perancangan
  6. Teliti, Nilai dan Tapis semula Perancangan
3) Menguji Penyelesaian
  • Bahagian terakhir :Mengimplementasikan Penyelesaian ;
  • Uji penyelesaian tersebut samada ia berkesan atau tidak.
  • Setiap rancangan, program atau penyelesaian yang baru perlukan sedikit perubahan semasa fasa implementasi.
  • Kajian Tindakan boleh digunakan sebagai penilaian formatif dan sumatif.




gaBrieLeA
Tajuk Mini Kajian Tindakan : Blog Subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian)

Tujuan Kajian Tindakan

- Membudayakan ICT dengan menggunakan pendekatan Blog dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian)

Objektif Kajian Tindakan

- Memperbaiki amalan pengajaran subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian)
- Meneroka kemudahan dalam aplikasi penggunaan laman web Blog oleh guru dan pelajar untuk diaplikasi pada masa akan datang.

Pernyataan Masalah Kajian

-Masalah yang timbul dikalangan pelajar yang kurang minat terhadap subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian). Hal ini kerana guru lebih banyak mengamalkan pengajaran tradisional berbentuk syarahan dan hanya berpandukan kepada buku teks tanpa latihan praktikal yang cukup.

-Masalah kurangnya pendedahan penggunaan kemahiran laman web Blog dalam pengajaran dan pembelajaran.

Persoalan Kajian 

Adakah pendekatan blog dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian) dapat menarik minat pelajar?

Adakah penggunaan blog dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mendedahkan kemahiran teknologi kepada pelajar ?
gaBrieLeA
Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran-pengajaran subjek berdasarkan :

1. Individu 
Cadangan Pertama
Guru perlu mengintegrasikan pengajaran dan pembelajaran Blog dan kad imbasan di dalam bilik darjah untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran.

Cadangan Kedua
Guru perlu mengambil inisiatif untuk menambah dan mempelbagaikan pengetahuan dengan mengambil kira keperluan pelajar dan disesuaikan mengikut topik subjek melalui penggunaan Blog dan kad imbasan.

Cadangan Ketiga 
Guru seharusnya sedar akan kepentingan komitmen dalam mempertingkatkan prestasi pelajar. Oleh itu, alternatif blog yang boleh diteroka daripada internet kerana adanya tutorial pengajaran penggunaan Blog dan variasi kad imbasan yang banyak disediakan di pasaran. Dengan ini, guru seharusnya boleh memberikan komitmen dengan adanya bahan pengajaran yang telah disediakan.

2. Pasukan
Cadangan Pertama
Blog dan kad imbasan sebagai alternatif baru kepada pengajaran bersifat tradisional.
Cadangan Kedua
Guru perlu sentiasa beri dorongan kepada pelajar dengan mengalakkan perkongsian penemuan kemudahan baru dalam Blog bersama rakan-rakan yang lain. Dengan penggunaan kad imbasan pula, menggalakkan pelajar berfikir untuk mendapatkan sesuatu penemuan yang baru. 
Cadangan Ketiga
Blog sebagai teknik pengajaran dapat membantu guru untuk mendedahkan penggunaan teknologi maklumat kepada pelajar. 
Cadangan Keempat
Penggunaan kad imbasan yang menarik dapat dijadikan sebagai salah satu aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.

3. Luar Pasukan
Cadangan Pertama
Penggunaan blog boleh menarik minat kepada pelajar dengan pendedahan kepada pelbagai fungsi di dalam blog manakala penggunaan kad imbasan yang menarik dapat menerapkan konsep kontekstual kepada pelajar.
Cadangan Kedua
Guru dapat menggunakan blog dan kad imbasan dengan pelbagai cara mengikut kreativiti guru dan sekali gus dapat mempelbagaikan konsep pengajaran dalam subjek Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat.
Cadangan Ketiga
Dengan menggunakan kad imbasan dan blog, pelajar boleh mengembangkan idea dan konsep pembelajaran dalam subjek Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat dengan bantuan guru.

4. Literature Review - Buku dan Jurnal

a) Buku rujukan : "Blogs, Wikis, Podcasts, and Other Powerful Webtools for Classroooms." Pengarang : Will Richardson
Berdasarkan kepada buku di atas, pengarang menyatakan kebaikan blog seperti yang disenaraikan dibawah:
1. Memberi pendedahan secara pemikiran kritikal dan analitik (critical and analytical thinking)
2. Memberi pendedahan pemikiran secara kreatif dan intuitif.
3. Memberi pendedahan pemikiran analogik.
4. Meningkatkan peluang capaian maklumat dan pendedahan terhadap kualiti maklumat yang disiarkan.
5. Gabungan makluamat melalui individu dan interaksi sosial.

b) Jurnal : The Application of Blog in English Writing Oleh Di ZHANG
Foreign Language School, Linyi Normal University

Kekuatan pengajaran melalui Blog :
1. Blog ialah satu alat yang berkesan untuk pelajar dalam memperbaiki penulisan bahasa Inggeris berdasarkan pemerhatian umum pada fungsi dan aplikasi Blog dalam pendidikan.
2. Blog dapat menarik perhatian pelajar dalam membuat refleksi tentang pembelajaran penulisan bahasa Inggeris.
3. Blog juga boleh digunakan sebagai aplikasi ‘blogging’ dan potensinya dalam aplikasi pedagogi kepada pendidikan, terutamanya dalam penulisan bahasa Inggeris.


c) Jurnal : Preparing teachers to teach literacy in responsive ways that capitalize on students’ cultural and linguistic backgrounds through weblog technology.,Multicultural Education & Technology Journal Oleh Hui-Yin Hsu, 2009

Kekuatan pengajaran melalui web Blog:
1. Dengan bantuan web blog, pengajar dapat memanjangkan tempoh perbincangan yang terhad didalam kelas. Ini bermakna, proses perbincangan akan berlanjutan dan tidak akan berakhir di dalam bilik darjah sahaja.
2. Blog dapat dijadikan sebagai alat untuk membantu pengajar dan guru pra-perkhidmatan menyampaikan maklumat, pengalaman sendiri dan sumber untuk dikongsi bersama pelajar.
3. Blog dapat dijadikan sebagai medium perkongsian pendapat.
4. Mengatasi masalah kekangan masa untuk pengajaran dan pembelajaran subjek di dalam kelas.
gaBrieLeA
Kelemahan pengajaran-pengajaran subjek berdasarkan :

1. Individu
Kelemahan Pertama
Guru masih lagi menfokuskan pengajaran tradisional dan berpusatkan pelajar dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran.
Kelemahan Kedua
Kemahiran pedagogi guru kurang menyebabkan kurangnya teori dan kaedah yang pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kelemahan Ketiga
Minat dan komitmen guru pada ketiga-tiga subjek tidak diberikan sepenuhnya kerana terkongkong dengan tugas-tugas lain di sekolah.

2. Pasukan
Kelemahan Pertama
Pengajaran bersifat tradisional dimana guru hanya bergantung kepada penggunaan buku teks dan pengajaran berpusatkan guru.
Kelemahan Kedua
Guru kurang menerapkan pengajaran melalui penemuan dan penerokaan.
Kelemahan Ketiga
Guru kurang mendedahkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran
Kelemahan Keempat
Kurang pengajaran berbentuk aktiviti seperti penggunaan kad imbasan

3. Luar Pasukan
Kelemahan Pertama
Guru lebih fokus kepada pengajaran 'chalk & talk' dan kurang berpusatkan pelajar.
Kelemahan Kedua
Guru kurang kreatif dalam mempelbagaikan alat bantu mengajar dan selalunya lebih bergantung kepada buku teks sahaja.
Kelemahan Ketiga
Guru tidak memainkan peranan dalam mengembangkan potensi dan kebolehan dalam diri pelajar.

4. Literature Review - Buku dan Journal

Jurnal : Information Technology and the Classroom of the Future oleh William J. Adams dan B. J. Jansen, United States Military Academy

Dalam kajian jurnal ini, pengkaji menyatakan beberapa kelemahan dalam penggunaan Teknologi Maklumat dalam pengajaran kelas iaitu :
  1. Guru perlu mempunyai kemahiran dalam meletakkan bahan dalam rangkaian komputer atau mencipta sumber multimedia untuk kursus mereka.
  2. Pencarian dana untuk menyokong pembelian alat-alat teknologi komputer dan juga kos penyelenggaraan yang tinggi.

Jurnal 2 : Visualisasi: Satu Anjakan Dalam Teknik Penyelesaian Masalah Matematik KBSR oleh Samsudin Drahman dan Fatimah Saleh

Dalam kajian jurnal ini, pengkaji menyatakan beberapa kelemahan dalam pengajaran subjek matematik iaitu :
  1. Murid melaksanakan penyelesaian tanpa memahami dengan sempurna maksud keseluruhan sesuatu masalah semasa menyelesaikan masalah matematik berayat.
  2. Murid terkongkong dengan satu teknik penyelesaian yang biasa disampaikan oleh guru sahaja.
  3. Aktiviti pembelajaran pada peringkat operasi konkrit masih bergantung kepada objek-objek maujud dan menggunakan “hand-on material”.
Jurnal 3 : Kesediaan Guru-Guru Perdagangan di Wilayah Persekutuan dari aspek pengetahuan kaedah pengajaran dan sikap terhadap pengajaran subjek pengajian keusahawanan oleh Nor Aishah Buangi dan Yap Poh Moi.

Dalam kajian jurnal ini, pengkaji menyatakan beberapa kelemahan dalam pengajaran subjek perdagangan iaitu :
  1. Pengetahuan pedagogi guru-guru Perdagangan tentang kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai diamalkan dalam pengajaran subjek adalah terhad.
  2. Guru-guru Perdagangan masih suka dengan teknik kuliah, soal jawab dan penyelesaian masalah, sementara teknik-teknik pengajaran seperti simulasi, projek, dan permainan tidak popular di kalangan mereka.
  3. Terdapat guru-guru Perdagangan yang berminat dalam bidang keusahawanan tetapi enggan melibatkan diri atau meluangkan masa dalam membimbing pelajar-pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan pada waktu-waktu tertentu di sekolah.