gaBrieLeA
Tajuk Mini Kajian Tindakan : Blog Subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian)

Tujuan Kajian Tindakan

- Membudayakan ICT dengan menggunakan pendekatan Blog dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian)

Objektif Kajian Tindakan

- Memperbaiki amalan pengajaran subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian)
- Meneroka kemudahan dalam aplikasi penggunaan laman web Blog oleh guru dan pelajar untuk diaplikasi pada masa akan datang.

Pernyataan Masalah Kajian

-Masalah yang timbul dikalangan pelajar yang kurang minat terhadap subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian). Hal ini kerana guru lebih banyak mengamalkan pengajaran tradisional berbentuk syarahan dan hanya berpandukan kepada buku teks tanpa latihan praktikal yang cukup.

-Masalah kurangnya pendedahan penggunaan kemahiran laman web Blog dalam pengajaran dan pembelajaran.

Persoalan Kajian 

Adakah pendekatan blog dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian) dapat menarik minat pelajar?

Adakah penggunaan blog dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mendedahkan kemahiran teknologi kepada pelajar ?
gaBrieLeA
Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran-pengajaran subjek berdasarkan :

1. Individu 
Cadangan Pertama
Guru perlu mengintegrasikan pengajaran dan pembelajaran Blog dan kad imbasan di dalam bilik darjah untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran.

Cadangan Kedua
Guru perlu mengambil inisiatif untuk menambah dan mempelbagaikan pengetahuan dengan mengambil kira keperluan pelajar dan disesuaikan mengikut topik subjek melalui penggunaan Blog dan kad imbasan.

Cadangan Ketiga 
Guru seharusnya sedar akan kepentingan komitmen dalam mempertingkatkan prestasi pelajar. Oleh itu, alternatif blog yang boleh diteroka daripada internet kerana adanya tutorial pengajaran penggunaan Blog dan variasi kad imbasan yang banyak disediakan di pasaran. Dengan ini, guru seharusnya boleh memberikan komitmen dengan adanya bahan pengajaran yang telah disediakan.

2. Pasukan
Cadangan Pertama
Blog dan kad imbasan sebagai alternatif baru kepada pengajaran bersifat tradisional.
Cadangan Kedua
Guru perlu sentiasa beri dorongan kepada pelajar dengan mengalakkan perkongsian penemuan kemudahan baru dalam Blog bersama rakan-rakan yang lain. Dengan penggunaan kad imbasan pula, menggalakkan pelajar berfikir untuk mendapatkan sesuatu penemuan yang baru. 
Cadangan Ketiga
Blog sebagai teknik pengajaran dapat membantu guru untuk mendedahkan penggunaan teknologi maklumat kepada pelajar. 
Cadangan Keempat
Penggunaan kad imbasan yang menarik dapat dijadikan sebagai salah satu aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.

3. Luar Pasukan
Cadangan Pertama
Penggunaan blog boleh menarik minat kepada pelajar dengan pendedahan kepada pelbagai fungsi di dalam blog manakala penggunaan kad imbasan yang menarik dapat menerapkan konsep kontekstual kepada pelajar.
Cadangan Kedua
Guru dapat menggunakan blog dan kad imbasan dengan pelbagai cara mengikut kreativiti guru dan sekali gus dapat mempelbagaikan konsep pengajaran dalam subjek Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat.
Cadangan Ketiga
Dengan menggunakan kad imbasan dan blog, pelajar boleh mengembangkan idea dan konsep pembelajaran dalam subjek Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat dengan bantuan guru.

4. Literature Review - Buku dan Jurnal

a) Buku rujukan : "Blogs, Wikis, Podcasts, and Other Powerful Webtools for Classroooms." Pengarang : Will Richardson
Berdasarkan kepada buku di atas, pengarang menyatakan kebaikan blog seperti yang disenaraikan dibawah:
1. Memberi pendedahan secara pemikiran kritikal dan analitik (critical and analytical thinking)
2. Memberi pendedahan pemikiran secara kreatif dan intuitif.
3. Memberi pendedahan pemikiran analogik.
4. Meningkatkan peluang capaian maklumat dan pendedahan terhadap kualiti maklumat yang disiarkan.
5. Gabungan makluamat melalui individu dan interaksi sosial.

b) Jurnal : The Application of Blog in English Writing Oleh Di ZHANG
Foreign Language School, Linyi Normal University

Kekuatan pengajaran melalui Blog :
1. Blog ialah satu alat yang berkesan untuk pelajar dalam memperbaiki penulisan bahasa Inggeris berdasarkan pemerhatian umum pada fungsi dan aplikasi Blog dalam pendidikan.
2. Blog dapat menarik perhatian pelajar dalam membuat refleksi tentang pembelajaran penulisan bahasa Inggeris.
3. Blog juga boleh digunakan sebagai aplikasi ‘blogging’ dan potensinya dalam aplikasi pedagogi kepada pendidikan, terutamanya dalam penulisan bahasa Inggeris.


c) Jurnal : Preparing teachers to teach literacy in responsive ways that capitalize on students’ cultural and linguistic backgrounds through weblog technology.,Multicultural Education & Technology Journal Oleh Hui-Yin Hsu, 2009

Kekuatan pengajaran melalui web Blog:
1. Dengan bantuan web blog, pengajar dapat memanjangkan tempoh perbincangan yang terhad didalam kelas. Ini bermakna, proses perbincangan akan berlanjutan dan tidak akan berakhir di dalam bilik darjah sahaja.
2. Blog dapat dijadikan sebagai alat untuk membantu pengajar dan guru pra-perkhidmatan menyampaikan maklumat, pengalaman sendiri dan sumber untuk dikongsi bersama pelajar.
3. Blog dapat dijadikan sebagai medium perkongsian pendapat.
4. Mengatasi masalah kekangan masa untuk pengajaran dan pembelajaran subjek di dalam kelas.
gaBrieLeA
Kelemahan pengajaran-pengajaran subjek berdasarkan :

1. Individu
Kelemahan Pertama
Guru masih lagi menfokuskan pengajaran tradisional dan berpusatkan pelajar dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran.
Kelemahan Kedua
Kemahiran pedagogi guru kurang menyebabkan kurangnya teori dan kaedah yang pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kelemahan Ketiga
Minat dan komitmen guru pada ketiga-tiga subjek tidak diberikan sepenuhnya kerana terkongkong dengan tugas-tugas lain di sekolah.

2. Pasukan
Kelemahan Pertama
Pengajaran bersifat tradisional dimana guru hanya bergantung kepada penggunaan buku teks dan pengajaran berpusatkan guru.
Kelemahan Kedua
Guru kurang menerapkan pengajaran melalui penemuan dan penerokaan.
Kelemahan Ketiga
Guru kurang mendedahkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran
Kelemahan Keempat
Kurang pengajaran berbentuk aktiviti seperti penggunaan kad imbasan

3. Luar Pasukan
Kelemahan Pertama
Guru lebih fokus kepada pengajaran 'chalk & talk' dan kurang berpusatkan pelajar.
Kelemahan Kedua
Guru kurang kreatif dalam mempelbagaikan alat bantu mengajar dan selalunya lebih bergantung kepada buku teks sahaja.
Kelemahan Ketiga
Guru tidak memainkan peranan dalam mengembangkan potensi dan kebolehan dalam diri pelajar.

4. Literature Review - Buku dan Journal

Jurnal : Information Technology and the Classroom of the Future oleh William J. Adams dan B. J. Jansen, United States Military Academy

Dalam kajian jurnal ini, pengkaji menyatakan beberapa kelemahan dalam penggunaan Teknologi Maklumat dalam pengajaran kelas iaitu :
  1. Guru perlu mempunyai kemahiran dalam meletakkan bahan dalam rangkaian komputer atau mencipta sumber multimedia untuk kursus mereka.
  2. Pencarian dana untuk menyokong pembelian alat-alat teknologi komputer dan juga kos penyelenggaraan yang tinggi.

Jurnal 2 : Visualisasi: Satu Anjakan Dalam Teknik Penyelesaian Masalah Matematik KBSR oleh Samsudin Drahman dan Fatimah Saleh

Dalam kajian jurnal ini, pengkaji menyatakan beberapa kelemahan dalam pengajaran subjek matematik iaitu :
  1. Murid melaksanakan penyelesaian tanpa memahami dengan sempurna maksud keseluruhan sesuatu masalah semasa menyelesaikan masalah matematik berayat.
  2. Murid terkongkong dengan satu teknik penyelesaian yang biasa disampaikan oleh guru sahaja.
  3. Aktiviti pembelajaran pada peringkat operasi konkrit masih bergantung kepada objek-objek maujud dan menggunakan “hand-on material”.
Jurnal 3 : Kesediaan Guru-Guru Perdagangan di Wilayah Persekutuan dari aspek pengetahuan kaedah pengajaran dan sikap terhadap pengajaran subjek pengajian keusahawanan oleh Nor Aishah Buangi dan Yap Poh Moi.

Dalam kajian jurnal ini, pengkaji menyatakan beberapa kelemahan dalam pengajaran subjek perdagangan iaitu :
  1. Pengetahuan pedagogi guru-guru Perdagangan tentang kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai diamalkan dalam pengajaran subjek adalah terhad.
  2. Guru-guru Perdagangan masih suka dengan teknik kuliah, soal jawab dan penyelesaian masalah, sementara teknik-teknik pengajaran seperti simulasi, projek, dan permainan tidak popular di kalangan mereka.
  3. Terdapat guru-guru Perdagangan yang berminat dalam bidang keusahawanan tetapi enggan melibatkan diri atau meluangkan masa dalam membimbing pelajar-pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan pada waktu-waktu tertentu di sekolah.


gaBrieLeA
Kekuatan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan :

1. Individu
Kekuatan Pertama
Pengajaran Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat mempunyai konsep dan teori yang boleh digunakan oleh pelajar melalui konsep konstektual.
Kekuatan Kedua
Guru memberikan penekanan pada kandungan dan topik-topik pada subjek berpandukan pada buku teks pelajar.
Kekuatan Ketiga
Guru boleh menggunakan latihan dalam buku teks untuk menguji kefahaman dan meningkatkan prestasi pelajar.

2. Pasukan
Kekuatan Pertama
Pengajaran subjek Perdagangan, Matematik dan Teknologi Maklumat adalah berkait langsung dengan kehidupan seharian. Contohnya Bab Konsumerisme dalam subjek perdagangan memberikan pengetahuan kepada pelajar berkenaan hak-hak mereka sebagai pengguna kepada barangan dan perkhidmatan, topik bentuk dan ruang dalam subjek Matematik melibatkan bentuk-bentuk yang akan digunakan dan dilihat dalam kehidupan seharian dan subjek Teknologi Maklumat pula memberi kesan interaksi yang ketara disebabkan pendedahan kepada teknologi yang semakin membangun pada masa kini.

3. Luar Pasukan
Kekuatan Pertama
Pengajaran ketiga-tiga subjek hanya daripada satu punca iaitu guru dimana pelajar bergantung hanya kepada satu sumber maklumat yang sahih.
Kekuatan Kedua
Guru menggunakan masa yang diperuntukkan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kekuatan Ketiga
Guru mempraktikkan amalan yang dipercayai oleh pelajar.
Kekuatan Keempat
Murid selesa dengan pengajaran sedia ada oleh guru.

4. Literature review – buku dan jurnal

Jurnal 1 : Information Technology and the Classroom of the Future oleh William J. Adams dan B. J. Jansen, United States Military Academy

Dalam kajian jurnal ini, pengkaji menyatakan beberapa kekuatan dalam penggunaan Teknologi Maklumat dalam pengajaran kelas iaitu :

1. Menyampaikan Arahan Bahan Pengajaran
Penggunaan interaktif dengan menggunakan Hypertext Markup Language (HTML) dan WWW untuk memasukkan persembahan video. Penggunaan laman web yang memautkan fail multimedia, guru boleh menggunakan laman web untuk memilih dan memasangkan pelbagai video.
Guru juga boleh merekodkan video atau kaset audio pengajaran dalam kelas dan kemudian menghantar e-mel kepada setiap pelajar untuk simpanan mereka.
Penyampaian bahan pengajaran juga boleh dibuat melalui sistem Video Conferencing (VTS), guru boleh menghantar isyarat video dan audio kepada pelajar pada lokasi yang berlainan. Pelajar boleh berkomunikasi dengan guru dengan menggunakan sistem ini.

2. Interaksi dengan Pelajar
Guru boleh berinteraksi dengan pelajar dengan menggunakan mesej elektronik (E-mel) untuk memaparkan pertanyaan, jawapan soalan dan memberikan tugasan serta bantuan.
Selain itu, guru boleh menggunakan forum terbuka yang disokong oleh senarai e-mel seperti USENET forum berita, atau sistem papan buletin yang membenarkan pelajar untuk menyampaikan soalan mereka dan kemudian ia akan terbuka untuk dikomen dan dijawab oleh ramai orang.

3. Tugasan dapat diberikan, diterima dan dinilai
Guru dapat memberikan tugasan melalui laman web dan e-mel. Pelajar boleh mencari sumber daripada pangkalan data maklumat laman web. Guru boleh meminta pelajar untuk membina satu HTML untuk menghantar tugasan dan guru boleh menilai tugasan melalui laman web mereka.

Jurnal 2 : Visualisasi: Satu Anjakan Dalam Teknik Penyelesaian Masalah Matematik KBSR oleh Samsudin Drahman dan Fatimah Saleh

Pengkaji menyatakan kekuatan dalam pengajaran Matematik iaitu dalam teknik penyelesaian masalah matematik, murid cenderung menyelesaikan masalah matematik menggunakan teknik menghafal prosedur dan operasi matematik, menggunakan angka-angka dan istilah yang menjadi kata kunci dapat menghasilkan penyelesaian yang betul bagi masalah matematik yang rutin.

Jurnal 3 : Kesediaan Guru-Guru Perdagangan di Wilayah Persekutuan dari aspek pengetahuan kaedah pengajaran dan sikap terhadap pengajaran subjek pengajian keusahawanan oleh Nor Aishah Buangi dan Yap Poh Moi.

Dalam kajian jurnal ini, pengkaji menyatakan kekuatan dalam pengajaran subjek perdagangan iaitu komponen perdagangan dan keusahawanan telah dijadikan komponen yang teras dalam subjek Kemahiran Hidup peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Objektif komponen ini berjaya dalam perubahan tingkah laku atau sikap keusahawanan telah ditunjukkan oleh pelajar.



gaBrieLeA
Soalan 1 : MENGAPA guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan?

Sebagai seorang guru dan pendidik dalam pendidikan, kajian tindakan dilihat sebagai satu langkah untuk mengisi jurang antara teori dan praktikal dalam pendidikan, memperkuasakan guru pelatih/novis/berpengalaman untuk menjadi agen perubahan yang berkesan dan untuk memperkembangkan peningkatan professionalima dan peningkatan prestasi guru pelatih/novis/berpengalaman itu sendiri. Selain itu, kajian tindakan juga adalah satu praktikal yang berkesan kepada guru pelatih/novis/berpengalaman untuk mengalami pengalaman pembelajaran yang kreatif terutamanya untuk mengisi jurang antara kajian pendidikan dan pengajaran praktikal seorang guru.

Soalan 2 : Hasil perbincangan - MENGAPA guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan.

Guru pelatih/novis/berpengalaman perlu melakukan kajian tindakan untuk memperbaiki dan menambahbaik proses, teori dan kaedah pengajaran yang sedia ada. Salah satu aspek penting dalam proses kajian tindakan ini adalah dengan inisiatif guru untuk melakukan refleksi selepas setiap sesi pengajaran. Perkembangan dalam memahami apa yang berlaku dalam membuat keputusan untuk perubahan strategi pengajaran. Dalam kata lain, refleksi akan menghasilkan tindakan.

Refleksi kedua membantu guru membuat perubahan dalam beberapa aspek dalam pengajaran hasil daripada masalah praktikal dan kemudian penilaian kendiri dalam keberkesanan pengajaran dan langkah untuk mengatasinya. Melalui penilaian daripada pemahaman awal guru kepada masalah tadi, ini akan membawa kepada perubahan dan modifikasi. Keputusan untuk membuat perubahan strategi akan membawa kepada pemahaman dalam masalah itu. Ini secara tidak langsung menunjukkan tindakan menghasilkan refleksi.

Soalan 3 : Cadangan tajuk mini kajian tindakan : Blog Subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian)

Tajuk ini dipilih kerana :
1. Masalah

-Masalah yang timbul dikalangan pelajar yang kurang minat terhadap subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian). Hal ini kerana guru lebih banyak mengamalkan pengajaran tradisional berbentuk syarahan dan hanya berpandukan kepada buku teks tanpa latihan praktikal yang cukup.

-Masalah kurangnya pendedahan penggunaan kemahiran laman web Blog dalam pengajaran dan pembelajaran.
gaBrieLeA
Cadangan mini kajian tindakan yang anda ingin lakukan dalam pengajaran mikro yang mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran

Tajuk Kajian : Blog dan Kad Imbasan dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Peserta Kajian : Pelajar Berkeperluan Khas

Setting Kajian : Bilik Darjah
gaBrieLeA
PEMBENTANGAN 1 : Meningkatkan Dan Mempermudahkan Kefahaman Pelajar Melalui Aktiviti Permainan Monopoli Bagi Subjek Sains Dan Pendidikan Islam Tingkatan 4 Oleh Ella Syafinaz Bt Safian dan Noor Mazira Bt Ab Malek




Ulasan : Saya berpendapat bahawa tajuk kolokium ini kurang sesuai dan boleh diubahsuai kepada Penggunaan Permainan Monopoli dalam meningkatkan dan mempermudahkan kefahaman pelajar bagi subjek Sains dan Pendidikan Islam. Walaubagaimanapun, saya berpendapat bahawa pendekatan dalam kaedah permainan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah salah satu cara untuk menarik minat pelajar dan mengadakan satu kaedah yang luar daripada pengajaran tradisional. Menurut pengkaji, permasalahan yang utama adalah pelajar berasa bosan dengan pengajaran yang berpusatkan guru dan pengkaji mencari alternatif lain untuk memberikan pelajar satu suasana pembelajaran yang menyeronokkan.



Akan tetapi, saya melihat terdapat kelemahan dalam kajian ini iaitu dari segi proses perancangan tidak diterangkan dengan lebih lanjut. Pada pendapat saya, perjalanan proses dalam kajian tindakan haruslah jelas dan difahami untuk memastikan kelancaran kajian tindakan yang dijalankan. Kelemahan yang saya nampak juga dari segi sampel kajian. Pengkaji tidak menyatakan sampel kajian dengan jelas.




PEMBENTANGAN 2 : Meningkatkan Keyakinan Pelajar Bermasalah Pendengaran Untuk Berkomunikasi Secara Lisan Dengan Menggunakan Kaedah ‘Verbal Repeatition’ Dalam Proses Pembelajaran Dan Pengajaran oleh Suzana Mohd Fauzi (P48659), Ummi Salmah Adnan (P48606) dan Najwa Hayatee Abdullah (P48610).




Ulasan : Saya kurang bersetuju dengan tajuk kajian ini juga dan boleh diubahsuai kepada Penggunaan Kaedah 'Verbal Repeatition' untuk meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Daripada kajian yang dijalankan, saya berpendapat kaedah verbal repeatition ini boleh disokong lagi dengan bantuan alat bantu mengajar yang lain. Pengukuhan dalam praktikal adalah penting supada pelajar dapat membiasakan diri dengan kaedah yang digunakan.
gaBrieLeA
Jurnal 3 :
Kajian Tindakan : Kesan daripada Matematik berasaskan Komputer dalam Penyelesaian Masalah
An Action Research : The Effect of Computer-based Mathematics on Problem Solving

Abstrak :
Kajian ini memfokuskan kepada bagaimana untuk menguji kesan bagi pengajaran kurrikulum matematik berasaskan komputer dalam menyelesaikan masalah dan tingkah laku pelajar terhadap penggunaan komputer. Responden yang diambil adalah daripada pelajar tahap 3 yang akan menerima arahan bantuan berasaskan komputer dalam matematik dengan Penyiasatan Matematik. Program komputer yang akan digunakan dalam kajian ini ialah Edutest. Edutest ialah satu program komputer yang memfokuskan dalam strategi menyelesaikan masalah, geometri, nombor wajar, pola logik, pengukuran, kebarangkalian, dan masalah perkataan yang setara dengan piawaian daerah. Responden akan berdikari sendiri menggunakan komputer dengan bantuan arahan daripada komputer. Semasa kajian ini, responden akan mengambil pra-ujian dan post-ujian serta arahan harian dalam matematik dan seterusnya guru akan membuat penilaian pencapaian responden dengan membuat ujian penilaian dalam matematik. Pengkaji juga telah menjalankan survey tentang tingkah laku responden untuk mengetahui bagaimana perasaan mereka setelah menggunakan perisian matematik dengan pra-ujian dan post-ujian. Survey ini akan membantu pengkaji untuk merancang dan mengimplementasikan kurrikulum berasaskan komputer dan untuk melihat perkembangan responden hasil daripada penggunaan program Edutest.

Pernyataan Masalah :
1. Apakah sikap pelajar terhadap pengajaran matematik berdasarkan komputer?
2. Apakah kesan terhadap sikap mereka apabila implementasi pengajaran matematik berdasarkan komputer digunakan?

Sampel Kajian / Setting Kajian :

Sampel
Peserta = Pelajar Tahap 3 (3rd grade) di Sekolah Rendah Sadie T. Tillis, Jacksonville, Florida
Masa = 10 minggu.

Setting = Makmal komputer, Duval County Public Schools.

Prosedur Kajian :
Pengkaji menjalankan langkah-langkah berikut dalam menjalankan kajian :

  1. Membuat refleksi - pengkaji menceritakan pengalaman lepas berdasarkan pemerhatian di dalam kelas
  2. Mengenalpasti masalah 
  3. Mengkaji kajian lepas tentang masalah yang dikemukakan.
  4. Mengumpul data
  5. Melaporkan dapatan kajian
  6. Perbincangan
  7. Kesimpulan/ Refleksi dari keseluruhan kajian.


Pengumpulan Data/ Analisis Data

Pra-ujian – sebelum pelajar diberikan tugasan matematik menggunakan Program komputer Edutest untuk menguji tahap mereka.

Pengumpulan Data – Dua pusingan

Pusingan Pertama – 5 minggu
• Kumpulan 1 (kumpulan kawalan) akan mengambil subjek membaca matematik
• Kumpulan 2 (kumpulan rawatan) akan mengambil subjek matematik

Pusingan Kedua – 5 minggu
• Kumpulan 1 (kumpulan kawalan) akan mengambil subjek matematik
• Kumpulan 2 (kumpulan rawatan) akan mengambil subjek membaca matematik

Analisis Data
Berdasarkan soalan tentang sikap pelajar selepas menjalankan program dengan Edutest.
Satu ujian pra-ujian dan post- ujian telah dijalankan dan data tadi dmasukkan ke dalam bentuk graf.

Paparan Dapatan Kajian

Melalui bentuk graf:
• Perbezaan hasil dapatan pra-ujian dan post-ujian.

Apa yang dipelajari
Berdasarkan kajian diatas, pengkaji telah menjalankan kajian ke atas masalah utama yang dikenalpasti. Langkah pengkaji untuk menyiasat terebih dahulu ialah langkah yang baik dan bijak. Saya dapat melihat bahawa pengaji amat pandai memilih dan mendapatkan masalah atau keadaan sekolah yang dapat diperbaiki. Saya dapat mempelajari kaedah pengenalpastian masalah daripada pengkaji dengan luahan dan penceritaan semula pengalaman pengkaji di sekolah beliau.

********************************************************************************************************************************************************************

Jurnal 2 : Penjuruteraan Puisi : Satu Kajian Tindakan
                 Engineering a Poem: An Action Research Study

Abstrak
Kajian ini meneroka penggunaan bentuk teknologi untuk mengajar unit puisi di dalam kelas tahap 5 (5th grade). Matlamat utama penggunaan unit puisi ini adalah untuk membina kebolehan pelajar menggunakan kreativiti mereka sendiri untuk mengekpresikan diri mereka dan untuk menulis puisi yang diskriptif yang boleh memberikan pembaca satu bayangan. Untuk mengukuhkan bahagian konsep, guru menggunakan bentuk cabaran dan meminta pelajar tahap 5 untuk membuat persembahan ilusi 3 dimensi menggunakan puisi yang dicipta oleh pelajar lain. Pengalaman pelajar akan timbul pada bentuk dan pembinaan yang menonjolkan ikatan dan tumpuan pada perincian. Kebolehan mereka memenuhi dengan spesifikasi bentuk dan kekangan dalam cabaran ini kemudiannya diperhatikan dan dikaji oleh guru kelas. Pemahaman pelajar dalam ilusi, penghargaan kepada puisi, dan kebolehan mereka dalam menulis puisi telah diperbaiki selari dengan perkembangan setiap unit puisi. Bentuk teknologi menjadi landasan untuk ekspresi kreatif yang selalunya tidak menghubungkan dengan pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu puisi.

Pernyataan Masalah :
1. Adakah pengintegrasian Bentuk dan Teknologi dengan puisi dapat memperbaiki prestasi pelajar dalam penulisan puisi?
2. Bagaimanakah pelajar yang menghubungkan unit puisi dapat memenuhi pengalaman pada keperluan bentuk projek?

Sampel Kajian/ Setting Kajian
Setting Kajian : Di dalam kelas tahap 5 (5th grader)
Sampel Kajian : Pelajar Tahap 5

Prosedur Kajian :
Pengkaji menggunakan prosedur kajian berikut :

  1. Mengenalpasti masalah
  2. Menyatakan masalah
  3. Metodologi kajian : kajian guru
  4. Melaporkan Dapatan
  5. Kesimpulan 
    • Berdasarkan dapatan kajian
    • Berdasarkan implikasi penggunaan bentuk teknologi di masa hadapan.

Pengumpulan Data/ Analisis Data
Pengumpulan Data
1. Soalan Penilaian untuk Pra dan Post yang merangkumi :
a. Persepsi pelajar tentang kajian ini
b. Tugasan untuk membina satu puisi
Analisis Data
1. Analisis pada Jurnal Guru
2. Analisis pada Kertas Minit
3. Analisis pada Penilaian Rakan

Paparan Dapatan Kajian
1. Graf menunjukkan perbezaan ujian penilaian pra dan post
2. Jadual menunjukkan bilangan ekspresi pelajar selepas menjalankan aktiviti.
3. Modul bentuk berdasarkan portfolio puisi pelajar

Apa yang saya pelajari
Satu pengintegrasian yang menarik untuk diamalkan di dalam kelas sastera. Kelemahan pada pengajaran sastera terutamanya dalam fokus kajian iaitu pembinaan puisi merupakan satu topik yang membosankan kepada pelajar. Daripada kajian tindakan ini, saya dapat melihat dan lebih mendapat gambaran yang jelas tentang pengintegrasian dua konsep pada satu masa yang sama. Kaedah ini bukan sahaja membantu meningkatkan pencapaian pelajar tetapi juga dapat mengembangkan potensi dan kreativiti guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

********************************************************************************************************************************************************************

Jurnal 3 : Laporan tentang Projek Kajian Tindakan pada Pembacaan Inggeris di Sekolah Rendah 
                 Tempatan
                Report on the Action Research Project on English Dictation in a Local Primary School

Abstrak
Ini adalah laporan tentang projek kajian tindakan yang menyiasat had yang mana pembacaan dengan kuat boleh membantu pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua mereka dalam sekolah rendah tempatan kerajaan China. Ia adalah satu dokumentasi atas inisiatif guru, kajian tindakan berdasarkan kelas yang menukarkan latihan pembacaan Inggeris dengan kuat daripada tradisional kepada sesuatu yang inovatif dalam 3 kelas sekolah rendah yang teratas. Responden datang daripada 97 pelajar yang mempunyai kebolehan sederhana daripada 3 kelas darjah 4 ke 6 di sekolah. Pengkaji membandingkan perspektif pelajar sebelum dan selepas kajian ini dan melaporkan sebab perubahan dalam perspektif pelajar bagi kelas pembacaan mereka. Data kuantitatif dan kualitatif telah dikumpulkan melalui dua set soalan kaji selidik, 2 separa struktur temubual dan pemerhatian daripada guru kelas.

Pernyataan Masalah :
1. Adakah pembelajaran pembacaan dengan kuat boleh menjadi sesuatu yang bermakna dan menarik?
2. Jika boleh, adakah aktiviti pembacaan kuat membantu pembelajaran Inggeris pelajar sebagai bahasa kedua mereka?

Sampel Kajian/ Setting Kajian :
Sampel : 97 pelajar (Kelas 4A = 31 pelajar, 5A = 33 pelajar dan 6A = 33 pelajar) daripada sekolah
rendah kerajaan China yang tradisional, berumur 10 – 15 tahun.

Setting : Di dalam kelas semasa pembelajaran Bahasa Inggeris

Tempoh : 25 Februari 2002 hingga 7 Jun 2002

Prosedur Kajian :
Semasa kajian, 5 jenis pembacaan kuat yang lain telah digunakan dalam tempoh 10 minggu untuk menggantikan latihan pembacaan tradisional. Minat dan kebolehan pelajar telah diambilkira. Aktiviti ini dirancang dengan sengaja daripada yang mudah ke sukar. Setiap aktiviti dijalankan sebanyak 2 kali untuk memastikan pelajar memahami peraturan dan dapat membiasakan diri dengan perjalanan aktiviti. Arahan yang jelas telah diberikan sebelum aktiviti dimulakan supaya pelajar memahami dengan jelas tentang apa yang mereka akan lakukan. Sokongan pertimbangan guru disediakan untuk pelajar yang mempunyai kesukaran semasa aktiviti. Pada akhir aktiviti setiap tugasan, pelajar diberi masa 10-15 minit untuk memeriksa kesalahan ejaan menggunakan buku rujukan seperti buku teks dan kamus. Aktiviti pembacaan ini diambil daripada Davis & Rinvolucri’s (1988) Dictation, Wajnryb’s (1992) Grammar Dictation and the Curriculum Development Council’s (1997) Syllabuses for Primary Schools: English Language Primary 1-6. Ini termasuklah

1. Diktasi Jig-saw
2. Diktasi Separuh
3. Diktasi Berjalan
4. Diktasi Tatabahasa
5. Diktasi Penulisan

Pengumpulan Data/ Analisis Data :

Pengumpulan Data :

1. Temubual
2. Soalan Kaji Selidik
3. Pemerhatian daripada guru kelas

Analisa Data :

Sebelum kajian aktiviti dijalankan, pelajar ditemubual dan rata-rata mereka menggunakan masa yang lama dalam diktasi bahasa inggeris dengan kaedah tradisional. Tetapi selepas mereka menjalankan aktiviti, pelajar melahirkan rasa seronok dan berminat dalam pembelajaran diktasi bahasa inggeris. Selain itu, pelajar juga telah dapat meningkatkan keyakinan dalam diri mereka semasa melakukan pembacaan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Paparan Dapatan Kajian :

1. Graf Dapatan soalan kaji selidik
2. Carta pai dapatan soalan kaji selidik

Apa yang saya pelajari :

Penggunaan kepelbagaian dalam konsep diktasi bahasa inggeris ini telah dapat meningkatkan prestasi pelajar. Penggunaan pelbagai jenis diktasi ini jelas menunjukkan pelajar berasa seronok dan berminat dengan apa yang mereka pelajari. Apa yang saya lihat daripada kajian ini, pelajar mula mempercayai dan lebih santai dalam mempelajari diktasi bahasa inggeris ini. Mereka lebih memandang ke arah nilai positif dan telah membenarkan mereka dengan sukarela untuk melakukan lebih banyak aktiviti yang dapat meningkatkan prestasi mereka. Disini guru memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat dan membuat perubahan pada pelajar.

gaBrieLeA
Buku : A Short Guide to Action Research oleh Andrew P. Johnson

1. Apa itu Kajian Tindakan?
[Hensen, 1996; Mctaggart, 1997; Schmuck, 1997]
Kajian tindakan boleh didefinisikan sebagai satu proses untuk mengkaji situasi sekolah atau bilik darjah yang sebenar untuk memahami dan menambahbaik kualiti tindakan atau arahan.
[Dinkelman, 1997; Mcniff, Lomax & Whitehead, 1996]
Ia adalah satu proses yang sistematik dan tersusun untuk guru membuat pemerhatian dalam amalan atau untuk mengenalpasti masalah dan memikirkan tindakan yang sesuai untuk digunakan.
[Foshy, 1998; Tomlinson,1995]
Kajian Tindakan juga ialah sejenis inkuiri yang dirancang, disusun dan boleh dikongsi dengan guru-guru lain.






2. Hasil Perbincangan : Apa itu Kajian Tindakan?
Kajian Tindakan adalah satu proses dimana pengkaji mengkaji masalah dan situasi yang mereka hadapi secara sistematik, berhati-hati serta menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai untuk pendekatan masalah yang dihadapi.
Proses ini juga merupakan satu pendedahan kepada guru-guru untuk menjalankan kajian tindakan dengan proses dan mengikut pengalaman masing-masing.
Kajian tindakan secara spesifiknya merujuk kepada penemuan disiplin inkuiri dengan tujuan mengambil penemuan tersebut akan direkod dan akan membuat perubahan dalam amalan guru tersebut untuk masalah semasa dan juga untuk jangka masa yang panjang.
gaBrieLeA
PEMBENTANGAN 1 : Meningkatkan Dan Mempermudahkan Kefahaman Pelajar Melalui Aktiviti Permainan Monopoli Bagi Subjek Sains Dan Pendidikan Islam Tingkatan 4 Oleh Ella Syafinaz Bt Safian dan Noor Mazira Bt Ab Malek

Pernyataan Masalah :
1. Adakah aktiviti permainan Monopoli secara berkumpulan dapat meningkatkan pemahaman para pelajar?
2. Adakah pelajar rasa seronok dan terhibur semasa belajar menggunakan kaedah ini?

Ulasan :
Saya berpendapat bahawa tajuk kolokium ini kurang sesuai dan boleh diubahsuai kepada Penggunaan Permainan Monopoli dalam meningkatkan dan mempermudahkan kefahaman pelajar bagi subjek Sains dan Pendidikan Islam. Walaubagaimanapun, saya berpendapat bahawa pendekatan dalam kaedah permainan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah salah satu cara untuk menarik minat pelajar dan mengadakan satu kaedah yang luar daripada pengajaran tradisional. Menurut pengkaji, permasalahan yang utama adalah pelajar berasa bosan dengan pengajaran yang berpusatkan guru dan pengkaji mencari alternatif lain untuk memberikan pelajar satu suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Metodologi :
Metodologi yang pengkaji gunakan adalah berdasarkan Model Mc Taggart dan Kemmis (1988).

Ulasan :
Langkah-langkah yang digunakan oleh pengkaji adalah berdasarkan Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart (1988). Empat fasa yang digunakan mengikut peringkat iaitu Plan (Perancangan), Act (Tindakan), Observe (Memerhati) dan Reflect (Refleksi). Pengkaji memberikan gambaran pada setiap fasa yang mereka jalankan seperti pada model tersebut. Menurut pengkaji, fasa tindakan dan pemerhatian penting dalam kajian ini bagi mendapatkan hasil dapatan dan keputusan kajian yang akan dijadikan sebagai implikasi di dalam kajian ini.

Pengumpulan & Penganalisisan Data :
Ulasan : Pengkaji telah melakukan tiga kaedah dalam mendapatkan data untuk kajian mereka. Berikut merupakan kaedah-kaedah yang digunakan :

a) Pemerhatian
* Berdasarkan pemerhatian, para pelajar menunjukkan minat kerana mereka belajar dengan kaedah yang menarik.
* Mereka beranggapan permainan tersebut seperti satu pertandingan. Mereka berlumba-lumba agar dapat menghabiskan permainan berbanding kawan-kawan lain.
* Mereka sangat gembira dan teruja, tambahan pula ada rakan-rakan yang terpaksa didenda atau hilang giliran setelah melalui petak-petak tertentu.

b) Temubual
Soalan 1: Perasaan pelajar selepas bermain Monopoli?
Soalan 2: Kaedah ini lebih memudahkan pelajar memahami topik?
Soalan 3: Pendapat pelajar tentang kaedah permainan sebagai teknik pengajaran
Sains : Soalan 1 - 100% Soalan 2 -Suka (30) Soalan 3 - 80% Ya (24) 90% Setuju (27)
Pendidikan Islam Soalan 1 -100% Soalan 2 -Suka (30) 87% Soalan 3 -Ya (26) 90% Setuju (27)

Ulasan : Berdasarkan kepada temubual pengkaji diatas, peratusan jawapan pelajar menunjukkan peningkatan /kepuasan hati dan keseronokan pelajar. Disini dapatan kajian ini akan lebih jelas terbukti jika disertakan temubual sebelum menjalankan aktiviti permainan. Bentuk graf atau carta menunjukkan peningkatan dan pemahaman pelajar dengan lebih jitu.

c) Ujian Pra dan Ujian Pos (Sains)

               Gred                   Ujian Pra              Ujian Pos
           A (80-100)                   2                          11
           B (60-79)                   10                          13
           C (40-59)                    5                            6
           D (20-39)                   10                           -
           E (0-19)                      3                            -
           JUMLAH                   30                           30

    Ujian Pra dan Ujian Pos (Pendidikan Islam)

            Gred                     Ujian Pra                Ujian Pos
         A (80-100)                    3                          12
         B (60-79)                      6                          14
         C (40-59)                      7                           4
         D (20-39)                    10                           -
         E (0-19)                        4                           -
         JUMLAH                    30                          30


Ulasan :
Berdasarkan ujian pra dan ujian pos bagi kedua-dua mata pelajaran kajian di atas, perubahan kuantiti peningkatan jelas dilihat daripada ujian pra yang bertabur berbanding markah ujian pos yang hanya tertumpu sekata pada tiga gred yang pertama. Menurut pengkaji, pelajar menunjukkan minat semasa bermain dan mereka tertarik dengan permainan, oleh itu mereka mengambil perhatian serta memberikan maklum balas yang positif menyebabkan mereka lebih faham dalam pembelajaran yang dilakukan. Kesannya ketara boleh dilihat pada keputusan mereka. Tetapi, saya berpendapat juga bahawa data ini akan lebih diyakini dengan persembahan dalam bentuk graf ataupun carta. Kemahiran memasukkan data kuantiti ke dalam bentuk graf atau carta kurang diaplikasikan dalam kajian ini yang mana sepatutnya harus dibuat bagi meyakinkan pada pembaca tentang kajian yang dibuat.

Implikasi Kajian :
* Guru harus memperkenalkan teknik ini bagi setiap topik kepada pelajar bermula dari awal pengajian lagi terutamanya bagi topik yang sukar atau membosankan.
* Mengadakan imbuhan yang lebih besar kepada kumpulan-kumpulan yang berjaya memonopoli permainan sebagai galakan kepada mereka.
* Boleh diaplikasikan bagi mata pelajaran lain mengikut kreativiti guru.

Ulasan :
Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa kajian yang dilakukan adalah satu usaha yang patut diteruskan dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan sebagai satu pemangkin kepada pelajar untuk menerapkan minat dalam mata pelajaran yang kurang diminati. Kajian ini seeloknya disertakan dengan kajian-kajian lepas dengan tajuk yang mempunyai kesinambungan untuk menyokong kajian tindakan yang dibuat. Persoalan-persoalan sepatutnya dapat dicapai dan dijawab di dalam implikasi kajian. Perubahan yang dilihat boleh diukur dan dibanding beza baik sebelum dan selepas membuat kajian dan juga dengan kajian-kajian lepas.



Apa yang saya pelajari daripada kajian ini?
Pertama sekali, guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya pelajar tidak cepat bosan dan mengantuk. Kedua, kemahiran-kemahiran dalam menjalankan kajian itu sendiri perlu ditingkatkan lagu dalam diri guru kerana ia akan menentukan dan mengukur sejauhmana kefahaman dan kebolehan guru tersebut. Ketiga, pengumpulan dan penganalisisan data adalah penting untuk kejituaan kajian. Kaedah-kaedah yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan kajian yang dilakukan.


PEMBENTANGAN 2 : Meningkatkan Keyakinan Pelajar Bermasalah Pendengaran Untuk Berkomunikasi Secara Lisan Dengan Menggunakan Kaedah ‘Verbal Repeatition’ Dalam Proses Pembelajaran Dan Pengajaran oleh Suzana Mohd Fauzi (P48659), Ummi Salmah Adnan (P48606) dan Najwa Hayatee Abdullah (P48610).

Pernyataan Masalah :
1) Adakah kaedah ’verbal repeatition’ ini dapat meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dalam P&P.
2) Adakah pelajar bermasalah pendengaran dapat menguasai sebutan istilah perkataan dalam P&P dengan menggunakan kaedah ’verbal repeatition’

Ulasan :
Persoalan kajian ini walaupun nampak mudah tetapi merupakan satu langkah yang murni dalam meningkatkan keyakinan diri pelajar masalah pendengaran. Verbal repeatition ini adalah sangat mudah dilakukan bagi pelajar tipikal berkembang tetapi merupakan satu cabaran kepada pelajar bermasalah pendengaran. Inisiatif mereka dalam bercakap menjadi persoalan kerana ini menguji kemampuan mereka dan tahap keyakinan mereka. Pada pendapat saya, persoalan ini juga adalah penting bagi mereka untuk mempunyai tahap keyakinan dalam bergaul secara sosial dengan masyarakat setempat.

Metodologi Kajian :
1. Melibatkan 19 orang pelajar di dalam kelas di SMK Dato’ Ibrahim Yaacob.
2. Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart (1988)

Ulasan :
Metodologi dalam kajian ini lebih tersusun dan boleh dilihat dengan lebih terperinci tentang apa yang pengkaji lakukan. Menurut pengkaji, pada peringkat pelaksanan adalah peringkat yang agak sukar bagi mereka kerana tahap keyakinan pelajar bermasalah pendengaran masih lagi rendah. Mereka perlu diberikan galakan yang membina berulang-ulang untuk meningkatkan keyakinan mereka semasa mengeluarkan perkataan-perkataan. Selain itu, pemerhatian yang dilakukan melalui nota pemerhatian, temubual, rakaman video dan diari merupakan satu langkah bagi pengkaji untuk melihat keberkesanan kaedah ‘verbal repeatition’ yang mereka lakukan ini.

Pengumpulan dan Penganalisisan Data :
1. Kaedah mengutip data
• Pemerhatian
• Rakaman video
• Temubual
• Diari

2. Analisis data daripada rakaman video
• Pada awal kaedah diperkenalkan, pelajar kurang yakin dan malu untuk berkomunikasi dan menyebut istilah perkataan
• Pada kitar ketiga, pelajar menunjukkan keyakinan dan berani tampil ke hadapan kelas

Ulasan :
Pada pendapat saya, kaedah diari merupakan satu kaedah yang jarang-jarang sekali digunakan dalam kajian tindakan secara keseluruhan oleh pelajar DPLI Januari 2009. Ini menunjukkan kepelbagaian pengkaji dalam usaha mengumpulkan data dan mendapatkan maklum balas daripada responden mereka. Menurut pengkaji, kaedah rakaman video paling berkesan kerana responden pada mulanya sememangnya malu, tetapi selepas membiasakan diri dengan rakaman video, pelajar bermasalah pendengaran ini menjadi seronok berlatih bercakap perkataan yang mereka cuba sampaikan dengan bantuan bahasa isyarat mereka.



Implikasi Kajian :
1. Kaedah yang digunakan dapat meningkatkan keyakinan dan motovasi pelajar
2. Pelajar berpeluang untuk membetulkan sebutan istilah-istilah yang agak sukar
3. Guru berjaya membantu pelajar yang pasif untuk aktif di dalam kelas
4. Kesimpulan
Kaedah ‘verbal repeatition’ membantu meningkatkan keyakinan pelajar untuk berkomunikasi secara lisan dan menyebut istilah-istilah perkataan.

Ulasan :
Pada pendapat saya, implikasi kajian mencapai tujuan tajuk ini iaitu peningkatan dalam keyakinan diri pelajar bermasalah pendengaran ini sememangnya meningkat dan memberangsangkan serta memperlihatkan kesan positif dalam diri mereka. Bukan sahaja tahap keyakinan mereka meningkat tetapi batasan pergaulan mereka akan menjadi lebih luas lagi dengan keyakinan dalam diri mereka. Latihan demi latihan membuatkan mereka lebih selesa dengan apa yang pelajar bermasalah pendengaran ini dengan pergerakan bahasa isyarat mereka.

Apa yang saya pelajari daripada kajian ini?
Saya berminat dengan tajuk ini kerana saya berpendapat bahawa cara persembahan oleh pengkaji berjaya meyakinkan pada pendengar (DPLI Julai 09). Saya dapat melihat sesuatu kajian itu dapat menarik minat dan perhatian pendengar sekiranya para pengkaji atau pembentang membuat persediaan awal dan dapat menjelaskan isi-isi kajian dengan jelas dan sentiasa yakin. Tidak kira sekali pun sama ada tajuk itu mudah atau sukar untuk ditafsir, tetapi apa yang penting saya lihat adalah usaha dan kesungguhan dalam diri untuk menjadikan kajian itu sesuatu yang bermakna bukan sahaja kepada responden tadi tetapi juga kepada pengkaji dan juga pendengar atau pembaca kajian ini.
gaBrieLeA
Konsep Kajian Tindakan
Kajian tindakan merupakan satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan merekan sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakna inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolabotarif.

Konsep Kajian Tindakan berasal daripada usaha seorang ahli psikologi sosial yang bernama Kurt Lewin 1946. Beliau mulai menggunakan pendekatan Kajian Tindakan selepas Perang Dunia Kedua dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah dalam komuniti dan mengutamakan dua idea yang penting iaitu :

1. Keputusan Kumpulan
2. Komitmen kepada peningkatan kerja.

Kedua-dua idea ini merupakan asas pendekatan Kajian Tindakan yang menegaskan usaha kolaboratif atau usaha kumpulan dan meningkatkan lagi mutu prestasi kerja (Kemmis dan McTaggart:1988). Pada tahun 1953, idea Lewin diperkembangkan oleh Stephen Corey di Teachers College, Columbia University, New York sebagai pendekatan penyelidikan yang diselanggarakan oleh guru-guru di sekolah. Manakala John Elliot (1976) dan rakan-rakannya menggunakan kaedah ini dalam Ford teaching Project di United Kigdom sebagai pendekatan membantu guru mengembangkan usaha inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di Eropah, Kajian Tindakan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha perubahan dan peningkatan mutu pendidikan di sekolah. Kemmis dan McTaggart telah mengembangkan Kajian Tindakan di Australia sebagai alat impirikal dan sistematik untuk meningkatkan prestasi guru di sekolah (Kemmis dan McTaggart, 1988).


Rajah Model 1: Checkland (1991)

Kitaran Kajian Tindakan – Model oleh Checkland, 1991


Asas Checkland (1991) menyarankan satu alternatif kajian yang positif. Checkland menggunakan kitaran untuk menggambarkan proses kajian tindakan (Rajah 1). Kitaran ini merangkumi komponen : Tema kajian, Situasi masalah dunia reality, Refleksi berdasarkan rangka kerja (F) dan kaedah (M) yang digunakan dan dapatan kajian.


Rajah Model 2 : Mckay & Marshall (2001)


Mckay dan Marshall (2001) beranggapan bahawa proses kajian tindakan merangkumi dua kitaran yang saling berkaitan kerana kajian tindakan itu sendiri mempunyai tujuan yang berpasangan (Model 2). Salah satu tujuan itu ialah untuk membawa perubahan melalu melakukan perubahan di dalam situasi dunia sebenar. Tujuan kedua ialah untuk menjana pengetahuan baru dan mendalam berdasarkan kepada persoalan kajian. Dengan kedua-dua tujuan ini, Mckay dan Marshall menyarankan satu model yang telah ditapis iaitu dengan dua kitaran yang saling berkaitan. Tanggapan dengan dua kitaran ini telah menghasilkan keputusan yang positif apabila berlaku pertembungan dan percanggahan idea antara dua bidang berlainan (tujuan kajian dan tujuan faedah untuk perniagaan), dua kaedah yang berlainan (Kaedah kajian (Mr) dan kaedah bertukar (Mps)) dan dua jenis keputusan (keputusan kajian dan keputusan perubahan).

Model Rajah 3 – Spiral Kajian Tindakan : Kemmis & McTaggart, 1981


Kemmis & McTaggart (1981) telah membangunkan satu model yang mudah pada kitaran biasa dalam proses kajian tindakan. Setiap kitaran mempunyai 4 langkah-langkah : Rancang, Bertindak, Memerhati dan Refleksi..Dalam kitaran proses kajian tindakan ini :
1. Hasilkan satu rancangan yang berkaitan dengan tindakan kritikal yang telah dikenalpasti untuk memperbaiki penggunaan sedia ada. Rancangan ini seharusnya fleksibel untuk membenarkan adaptasi untuk kesan dan kekangan yang tidak dapat dilihat;
2. Ahli kumpulan akan bertindak untuk melaksanakan rancangan yang mana mesti dikawal dan dibincangkan.
3. Tindakan ini akan diperhatikan untuk mengumpulkan bukti untuk membenarkan penilaian teliti. Pemerhatian mesti dirancang dan satu jurnal mungkin akan digunakan untuk tujuan catatan. Proses tindakan dan kesannya dalam situasi konteks yang sepatutnya diperhatikan secara individu atau kumpulan.
4.Tindakan refleksi dicatat semasa pemerhatian selalunya akan dibantu dengan perbincangan antara ahli kumpulan. Refleksi kumpulan boleh membawa kepada pembinaan semula situasi sosial dan menyediakan satu asas untuk rancangan yang lebih mendalam terhadap tindakan yang kritikal tadi, yang bermaksud proses ini akan mengulangi pusingan kajian. Langkah ini dilaksanakan dengan lebih berhati-hati, sistematik dan tegas berbanding penggunaan biasa yang selalu digunakan.

Rajah Model 4 :The Bamenda Model of Action Research (A)


Dalam model praktikal kajian tindakan ini, satu analisis situasi pada dasarnya akan menimbulkan kepada persoalan kajian yang akan cuba untuk diselesaikan. Ini akan membawa kepada tujuan yang ingin dicapai melalui tindakan dan soalan yang akan dijawab melalui kajian yang dibuat (Model 4). Tujuan tindakan dan persoalan kajian adalah perubahan yang saling bergantungan. Persoalan timbul daripada tindakan, dan kajian melaksanakan penggunaan. Persoalan kajian mempunyai perkaitan antara kajian dan tindakan. Apabila tindakan diperlukan yang menyelesaikan masalah telah dikenalpasti dan difahami oleh pengkaji, kajian tidak perlu dijalankan. Jikalau kita tahu apa nak buat untuk menyelesaikan masalah tersebut, kita mesti menetapkan objektif dan sambung pula dengan pengurusan projek.

Kajian diperlukan apabila terdapat sesuatu yang kita tidak tahu, apabila terdapat jurang antara pengetahuan yang kita kehendaki untuk tindakan yang efektif. Tidak mustahil untuk membina satu projek kajian tindakan supaya kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data dan kaedah untuk memperbaiki tindakan yang serupa. Ini akan terhasil apabila tindakan dan kajian itu sendiri sepenuhnya digabungkan, menjadi kepada 1 proses sahaja. Ini bukan merupakan strategi Bamenda, dimana tindakan dan kajian adalah dua benda yang berlainan tetapi mempunyai perkaitan.

Rajah Model Bamenda (B) dibawah menunjukkan aliran tindakan yang terhasil daripada tujuan tindakan. Dalam perkataan lain, tujuan tindakan akan membawa kepada penyusunan projek untuk mencapai tujuan tersebut. Kajian yang dimaksudkan termasuklah perkara yang dibuat untuk mencari jawapan kepada persoalan kajian, proses dan prosedur yang terlibat yang digunakan untuk meningkatkan lagi pengetahuan.

Rajah Model 4 : Bamenda Action Research Model (B)





Rajah Model 5 : Susman 1983



Gerald Susman (1983) telah memberikan satu model yang lebih terperinci. Beliau membahagikan model ini kepada 5 fasa untuk dijalankan dalam setiap kitaran kajian (Model 5). Pada asalnya, satu persoalan dikenalpasti dan data dikumpulkan untuk diagnosis yang lebih terperinci. Ini diikuti dengan usul terkumpul daripada beberapa penyelesaian yang dikenalpasti, yang mana diambil daripada satu perancangan pada tindakan yang timbul dan kemudian diimplementasikan. Data pada keputusan daripada intervensi dikumpulkan dan dianalisis, dan kemudian dapatan kajian akan diinterpretasi sama ada dan bagaimana tindakan yang digunakan berjaya dilakukan. Pada fasa ini, persoalan kajian telah dikaji semula dan proses kajian akan bermula dengan kitaran yang lain pula. Proses ini akan berulang sehingga persoalan tadi dapat diselesaikan.